27 February 2026

TOM AKUI DIRI CURANG & BAKAL BERCERAI DENGAN FUAD?



"Saya dah nak bercerai dengan Mohamed Fuad (suami) sebab saya yang curang dengan lelaki lain. Nama lelaki itu ialah Apang dan Abang Jidin. Aku besar punya perempuan gatal. Semua ini salah aku."

Demikian tulis penyanyi Tom, 40, menerusi status di media sosial, dimana perkongsiannya itu telah menc£tuskan tanda tanya, lebih-lebih lagi dia tidak malu mengaku curang,

Tom yang sudah tiga tahun hidup berumah tangga bersama penyanyi Fuad Rahman itu turut mendedahkan dia bakal bercerai dengan suaminya itu dalam masa terdekat.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, akui Tom lagi, mas@lah rumah tangga yang berlaku adalah disebabkan kesil@pannya sendiri, selain turut meminta agar tiada pihak mengg@nggunya dan memberi ruang privasi kepadanya.

"Okey, jangan cari-cari aku lagi. Aku nak pergi curang sana sini lagi. Siapa yang nak ambil tempat saya, silakan. Kami memang dah nak cerai. Rugi tidak cuba sebab suami saya tidak bersal@h. Dia baik," ujarnya.

Perkongsian Tom itu bagaimanapun sudah dipadam selepas satu jam dimuat naik, malah tidak dapat dipastikan sama ada hantaran dimuat naik adalah benar atau sind1ran.
Sebelum ini, Tom memberitahu hubungannya dengan Fuad masih baik meskipun terdapat dakwaan mengatakan rumah tangga mereka sedang bermasalah.

Untuk makluman, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama terlibat dalam pr0gram Gegar Vaganza musim ke-9.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: