05 February 2026

HARAP K£S DAD4H BABITKAN FARID KAMIL TIDAK BENAR - DIANA DANIELLE JELAS BEKAS SUAMI KERAP JUMPA ANAK-ANAK : "SAYA DOAKAN SEMOGA KAMI DAPAT 'C0-PARENTING' DENGAN BAIK"



"Anak-anak memang rapat dengan dia. Setiap minggu mereka akan berjumpa, hubungan masih sama lagi. Anak-anak tidak boleh hidup tanpa dia. Saya mahu hubungan baik ini berterusan. Membesar dengan figura seorang bapa adalah sangat penting."

Itulah kata pelakon Diana Danielle, 35, dimana dia mengakui bekas suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil, 45, masih menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anak mereka.

Kongsi Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, Farid masih kerap bertemu anak-anak ketika ditanya adakah bekas suaminya itu ada bertemu dengan anak sulung mereka, Muhammad yang mengalami kelumpuhan otot muka akib@t jangk1tan v1rus, baru-baru ini.

Tuturnya lagi, anak-anak memerlukan kehadiran seorang bapa dalam kehidupan mereka dan kerana itu, dia mahu terus memelihara hubungan baik tersebut, selain turut men£gaskan keutamaannya kini adalah memastikan hubungan baik antara dia dan Farid terus harmoni demi kebajikan anak-anak mereka.

Klik untuk gambar besar

"Saya doakan semoga kami semua dapat 'co-parenting' dengan baik. Itu matlamat saya. Saya doakan terbaik untuk dia (Farid). Saya sentiasa mahukan dia berjaya. Bila kami dapat membesarkan anak-anak dengan baik, insya-Allah hasilnya akan menjadi yang terbaik," tuturnya.

Sementara itu, Diana memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan mengaitkan bekas suaminya sebagai individu yang didakwa terlibat dengan k£s p0sitif dad@h kerana dia sendiri tidak mengetahui sebarang maklumat mengenai perkara tersebut dan berharap dakwaan itu tidak benar.

"Saya tak boleh nak komen dengan lebih lanjut kerana saya pun tidak tahu apa yang berlaku. Saya harap berita ini tidak benar. Sejujurnya saya memang tak tahu apa-apa. Apa yang boleh saya cakap, saya mendoakan yang terbaik," ujarnya.
Sebelum ini, polis mengesahkan penah@nan pelakon lelaki terkenal selepas ujian saringan air k£ncing ke atasnya didapati p0sitif dad@h dan sudah pun dihantar kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sejak kisah itu menjadi perhatian, rata-rata netizen telah mengaitkan nama Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, sebagai artis yang terpalit dengan k£s tersebut.

Untuk makluman, Diana mendirikan rumah tangga dengan Farid pada 3 November 2012, sebelum bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Bagaimanapun mahligai rumah tangga pasangan itu sekali lagi berakhir dengan penceraian pada 24 Mac 2025 dan hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua anak iaitu Muhammad, 13, dan Nur Aurora, 11 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: