"Hari ini saya dah berjanji dengan Datuk Nana (Ketua Pegawai Eksekutif Amber), hanya akan fokus pasal Amber sahaja (jika diaju soalan wartawan). Sekali lagi saya mohon maaf."
Demikian tutur penyanyi Hael Husaini, dimana dia enggan menjawab mengenai dakwaan sudah bernikah secara senyap dengan penyanyi Dayang Nurfaizah pada Disember lalu.
Hael ketika ditemui media sebaliknya memohon maaf serta berkata, dia hanya akan memberikan komen hal berkaitan kerja yang dilakukan.
Bukan itu sahaja, malah Hael dan Dayang turut digosipkan sudah melangsungkan pertunangan tahun lalu.
Klik untuk gambar besar
Pada Mei tahun lalu, Hael yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 2013 (AF2013) itu mengesahkan hatinya kini sudah dimiliki serta tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang.
Begitu juga dengan Dayang apabila dia tidak menafikan atau mengiyakan desas desus dirinya sedang mengenali seseorang dan bakal menamatkan zaman bujangnya.
Apa pun, kita tunggu sahaja perjelasan kedua-dua belah pihak. Jika benar dakwaan sudah bernikah tahniah diucapkan dan jika sebaliknya, semoga urusan mereka dipermudahkan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment