"Dulu Kalau kita halang, budak seusia dia akan member0ntak. tudung, tapi bila dia makin besar sedikit, persekitaran pun berubah dan ada keinginan lain pula. Dia nak cuba pakai baju-baju lain. Bila saya tak bagi, daddy pula yang tegur. Sebab saya dulu pun pernah s£ksi juga."
Itulah kata isteri pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, menerusi satu siaran langsung di media sosial miliknya.
Watie yang enggan berdiam diri itu tampil mempertahankan anak tirinya, Thalita atau nama sebenarnya, Dzahira Talita Zahra Shahmira, 13, selepas remaja itu menerima kec@man hebat netizen susulan pemakaian yang didakwa menc0lok mata ketika majlis 'gender reveal' minggu lalu.
Klik untuk gambar besar
"Baju itu sebenarnya tidak diminta jadi seperti itu, tetapi ia terpotong ke bawah sedikit. Pada hari kejadian, ramai yang menegur termasuk ahli keluarga. Daddy pun tegur dan berharap Thalita tak pakai baju sebegitu lagi sebab pakaian Thalita memang saya yang uruskan," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, ujar isteri Shuib ini, dia percaya insid£n tersebut menjadi pengajaran buat Thalita untuk lebih matang dalam membuat keputusan berkaitan pemakaian, selain menjelaskan, dia tidak mahu anaknya itu member0ntak dalam diam tetapi ingin mendidikanya.
"Saya izinkan dia pakai dan bila dia dah pakai, dia sendiri nampak apa yang orang kec@m. Biarlah dia lihat semua itu supaya selepas ini Thalita boleh fikir dan buat keputusan sendiri. Kalau kita halang, budak seusia dia akan member0ntak.
"Kalau kec@man itu membuatkan Thalita tak mahu berpakaian seksi lagi dan menjadikan kami lebih baik, sal@h ke?" luah Watie yang bakal bersalin anak perempuan hasil perkahwinan bersama Shuib pada April depan.
Pada Sabtu lalu, Thalita dilihat tampil anggun mengenakan gaun labuh rona merah jambu dengan rekaan 'off-shoulder' semasa acara berkenaan, namun ia telah mengundang kec@man orang ramai yang berharap ibu bapanya menjaga penampilan remaja itu dengan baik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment