"Biarlah menjadi kenangan gambar ini. Azil tidak mungkin akan bernikah. Anak syurgaku ini tak boleh bercakap. Jodohnya nanti di syurga bersama bidadari.
"Foto ini ku abadikan di Malang, Indonesia. Semasa sesi bergambar, Azil bagus sangat, tidak ada sebarang karenah. Ikut saja bila dipakaikan persalinan Jawa satu persatu."
Demikian tutur pelakon Zarina Zainuddin, menerusi perkongsian yang dimuat naik di media sosial, dimana dia membawa anak istimewanya, Azil mengenakan persalinan pengantin lelaki mengikut adat Jawa di Malang, Indonesia.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian itu, Zarina atau nama penuhnya, Nur Zarina Mohd Zainuddin, dia seakan menerima takdir bahawa anak lelakinya itu tidak akan berumah tangga, sebaliknya akan dikurniakan jodoh di syurga kelak.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Azil yang dilihat berbeza apabila tampil dengan gaya yang segak.
Selain itu, netizen dalam masa sama turut mendoakan agar anak-anak istimewa Zarina dikurniakan bidadari syurga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!








No comments:
Post a Comment