06 February 2026

MAHU BERSARA LEPAS BERUMAH TANGGA KELAK - NORA DANISH DOAKAN TERBAIK BUAT BEKAS SUAMI YANG BERHAK BERCINTA & BAHAGIA



"Tentang hubungan bekas suami saya, Nedim dan juga wanita yang hadir dalam hidupnya (Nadia Brian), cuma apa boleh saya katakan dia berhak bercinta dan mendapatkan kebahagiaan sendiri. Saya mendoakan yang terbaik untuk Nedim sebab dia memang berhak bahagia."

Demikian kata pelakon Nora Danish mengenai bekas suaminya, Nedim Nazri yang kini menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Nadia Brian, dimana dia berhak untuk bercinta serta mendapat kebahagiaan dengan wanita yang dicintainya, selain mendoakan yang terbaik buat bapa kepada anaknya.

Dalam pada itu, Nora turut berkongsi anaknya, Mohamed Neqayl atau Ney Ney menerima pilihan Nedim selepas bertemu dengan kekasih bapanya itu.

Klik untuk gambar besar

"Tak ada kata apa-apa. Dia (Ney Ney) okay sahaja," ujarnya yang turut meluahkan hasrat untuk bersara dari dunia seni demi memberi tumpuan pada keluarga dan perniagaan.

Bagaimanapun, jelas ibu kepada dua cahaya mata itu, ianya tidak akan direalisasikan dalam masa terdekat kerana dia masih ada tanggungjawab terhadap anak-anak, namun akan bersara apabila berumah tangga kelak.

"Sekarang tidak boleh bersara lagi, saya kena cari duit untuk sara anak-anak. Insya-Allah, kalau saya sudah berkeluarga nanti, barulah saya akan fikirkan mengenai pekara itu.
"Saya rasa sudah tiba masanya untuk berundur, dengan faktor usia lagi. Jadi. saya rasa sudah penat. Tiba masanya untuk saya fokus kepada keluarga dan sebagainya," tuturnya.

Dalam pada itu, Nora berkata, dia menjadi Noor Neelofa sebagai inspirari, dimana selebriti terkenal itu tetap aktif di media sosial meskipun sudah bersara.

"Saya hendak jadi seperti dia. Mungkin fokus saya pula dari sudut perniagaan. Tetapi, untuk berlakon, saya penatlah," katanya yang menafikan dakwaan keputusan itu dibuat berkait dengan sp£kulasi dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Menurutnya lagi, dia baru saja mengenali jejaka yang dikenali sebagai Mickey Ayo dan berhubung itu, hasratnya untuk bersara kerana sudah lama dalam industri.

"Semua wanita ingin berkahwin dan memiliki rumah tangga lebih baik serta ada suami yang boleh menjaga kita. Memang saya akui, itu impian saya. Tetapi, saya tidaklah tergesa-gesa ke arah itu.

"Saya letak sepenuh kepercayaan kepada Allah dan biar Dia aturkan semuanya. Cepat atau lambat, semua saya serah kepada Allah. Bukan sebab perkahwinan yang jadi punca saya hendak bersara. Saya sudah penat sebab sudah lama sangat dalam industri seni," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: