"Insya-Allah tahun depan baru kami buat keputusan sama ada dia (Engku Aleesya) akan melanjutkan pelajaran di luar negara atau dalam negara saja. Cita-cita Aleesya nak jadi psiki@tri kerana dia minat membaca.
"Saya rasa kenapa dia minat bidang ini adalah Aleesya seorang pemerhati. Dari dulu dia memang diam tapi memerhati karakter orang lain. Tiba-tiba dia nak pilih bidang psiki@tri ini saya rasa memang sesuai dengan dirinya."
Itulah jelas penyanyi dan pelakon, Erra Fazira, 52, dimana dia berkongsikan anak perempuannya, Engku Aleesya yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat A Level di sebuah kolej di Kuala Lumpur itu menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang psiki@tri.
Klik untuk gambar besar
"Kita susun dan pantau (pergerakan), bila kita tidak ada, dia (Aleesya) tidak akan buat kerja sekolah. Dia kena faham kenapa perlu belajar, kenapa perlu cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah dia dah faham pentingnya pendidikan dan dimana kita jika tiada pelajaran," tuturnya.
Sementara itu, Erra berkata, anaknya pernah rasa kurang selesa apabila dikaitkan dengan popularitinya ketika mengulas mengenai kehidupan sebagai anak selebriti terkenal, namun kini Aleesya lebih matang.
"Dia tidak pernah luah rasa terbeban atau apa saja tetapi saya tahu kadang-kadang reaksinya tidak selesa bila orang selalu mengaitkannya dengan 'Erra Fazira'.
"Saya tahu dia pernah melalui fasa tidak selesa itu tetapi sekarang dia lebih terbuka dan matang. Sekarang tidak rasa kekok jika berada di khalayak ramai. Dia dah boleh 'handle' situasi itu," ujar isteri kepada usahawan Ezwan Zain atau Mr E itu.
Untuk makluman, Aleesya merupakan anak tunggal Erra hasil perkahwinan kedua bersama usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 25 Oktober 2007, namun sah berpisah pada 18 Februari 2014.
Bagi perkahwinan pertama, Erra mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan komposer, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.
Selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal, primadoma itu berkahwin buat kali ketiga pada 12 Disember tahun lalu selepas bertemu jodoh dengan usahawan Ezwan Zain yang merupakan seorang duda anak satu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment