"Ya, saya sudah berkahwin," demikian kata bekas anggota kumpulan Elite iaitu Hana Adnan menerusi video yang dimuat naik pelakon Azah Aziz di media sosial miliknya, dimana dia kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Rudie.
Melihat pada video yang dikongsikan, Azah menghadiri majlis resepsi perkahwinan Hana dan sempat merakam detik penyanyi itu mengesahkan status dirinya yang sudah bernikah.
Azah dalam perkongsian yang sama turut berseloroh dengan menjangkakan Hana bakal menjadi tular, dipercayai merujuk kepada berita perkahwinan bekas Elite itu yang mula mendapat perhatian ramai.
Klik untuk gambar besar
"Kita nak pergi majlis perkahwinan. Nak tanya siapa kahwin nanti kita beritahu. Rahsia," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment