"Sekarang doktor dah tak bagi lagi untuk 'emergency' respons kalau apa-apa terjadi sebab organ dalaman Along dah tak kuat. Sekarang ini doktor minta kita doakan dan reda apa-apa terjadi dekat Along. Pasukan perubatan sudah buat yang terbaik."
Itulah kongsi pelakon Zalif Sidek menerusi satu hantaran di media sosial, dimana dia menerima maklumat itu daripada adik pelakon Along Eyzendy iaitu Amy Eyzendy, mengenai keadaan sahabatnya itu.
Dalam perkongsian tersebut, Amy memaklumkan, organ dalaman Along sudah tidak lagi kuat, malah pihak hospital juga tidak mampu melakukan sebarang tindakan kecemasan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
Klik untuk gambar besar
Menerusi hantaran yang sama, Zalif turut memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat Along, selain memaklumkan bahawa sahabatnya kini menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.
"Mohon semua berdoa untuk sahabat kita Along semoga dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Kepada sahabat dan kenalan yang ingin melawat Aling boleh ke Hospital Serdang," tuturnya.
Pada Khamis, keadaan Along dilaporkan semakin mer0sot selepas terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Tapi (ICU) akib@t pendar@han s£rius dalam perut.
Jelas isteri kepada Along iaitu Hamidah Mohd Yatim, keputusan menidurkan suaminya dibuat susulan pendar@han s£rius dalam perut, namun doktor masih belum mengenal pasti punca sebenar mas@lah tersebut berlaku.
Pada 30 Januari lalu, Along dimasukkan ke hospital selepas mengalami dem@m dan batuk berpanjangan sebelum doktor mengesyaki terdapat jangk1tan pada stent di saluran hempedu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment