"Daripada dua hati menjadi tiga. Masya-Allah Tabarakallah, anugerah terbesar kami sedang dalam perjalanan."
Demikian tulis pelakon Eyka Farhana menerusi sebuah hantaran di media sosial, dimana dia dan suaminya, Akhyar Rashid bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Dalam perkongsian tersebut, Eyka yang kini sedang hamil anak pertama itu turut memuat naik sebuah video memaparkan dia dan Akhyar melakukan sesi fotografi di tepi pantai bagi berkongsi berita gembira berkenaan bersama peminat.
Klik untuk gambar besar
Melihat pada video dikongsikan, Eyka mengenakan busana rona putih sambil memegang 'baby bump', selain turut menunjukkan foto imbasan (scan) bayi mereka, sekali gus mendapat perhatian ramai.
Untuk makluman, Eyka berkahwin dengan Akhyar yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan, pada 2 Mei 2024.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!










No comments:
Post a Comment