Majlis resepsi perkahwinan ibu penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman atau Mama Zie, 58, bersama suaminya, Brigedier Jeneral Zainal Abidin Muhammad Salleh, 56, telah berlangsung dengan meriah yang dihadiri ramai tetamu baru-baru ini.
Dalam pada itu, ibu Shila meluahkan rasa syukur dan terharu, selain terkejut apabila majlis yang diadakan di Ever Glory Kuala Lumpur itu dihadiri sekitar 800 tetamu sedangkan jemputan sebenar hanya untuk 500 orang.
"Sebenarnya, kami tak menduga sambutan meriah begini. Asalnya ramai yang beritahu tak boleh hadir. Tiba-tiba, ada yang buat kejutan apabila hadir. Terima kasih semua," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
Namun begitu, Mama Zie berkata, ada juga jemputan yang tidak dapat hadir, mendoakan agar rumah tangganya bersama suami kekal selamanya selepas disatukan sebagai suami isteri pada 22 November lalu.
"Sebelum ini, ada juga yang berk£cil hati sebab masa kami bernikah itu sebenarnya majlis pernikahan. Tapi orang ingat itu majlis resepsi. Jadi sebab itu kita buat istimewa untuk kawan-kawan dan saudara mara yang tak dijemput pada hari itu.
"Ini majlis terakhir dan tiada lagi selepas ini. Saya berterima kasih kepada Ever Glory. Tempatnya selesa, cantik dan makanan pun sedap Alhamdulillah," katanya yang tidak menang tangan diajak bergambar.
Sementara itu, Zainal Abidin pula berkata, majlis ini juga diadakan sebagai kenduri kesyukuran sempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!









No comments:
Post a Comment