"Sepatutnya pemb£dahan hari ini (Sabtu), tapi terpaksa tangguh sebab kadar gula tinggi. Kena tangguh sampai paras gula turun."
Itulah jelas pelakon dan penyampai radio, Roy Azman, dimana dia berkongsi perkembangan kesihatannya itu dalam satu video yang dimuat naik di media sosial rasmi sebuah stesen radio.
Sebelum ini, Roy atau nama sebenarnya, Zairosminan Abdul Rahman, memaklumkan, dia terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akib@t jangk1tan pada bahagian paha.
Klik untuk gambar besar
Kata Roy, keadaan tersebut memerlukan dia menjalani pemb£dahan, namun pros£dur tersebut ditangguhkan susulan kadar gula dalam badan yang tinggi.
Menurutnya lagi, dia dibenarkan keluar wad sehari selepas pemb£dahan jika dilakukan pada Sabtu.
Dalam masa sama, Roy juga mengucapkan penghargaan kepada peminat dan pendengar yang mendoakan kesejahteraannya.
"Kalau keluar hospital esok boleh jumpa pendengar hari Isnin. Jika tidak kita jumpa lain kali sahaja. Terima kasih kepada semua yang doakan saya," tuturnya.
Difahamkan, Roy kini memulakan tugas sebagai penyampai segmen GenSinar Pagi bersama Sharifah Shahirah dan Hefny Sahad di Sinar FM.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment