13 February 2026

MENANG CABUTAN BERTUAH - EZWAN ZAIN ANGGAP IA SEBAGAI KEJUTAN BERGANDA, HADIAHKAN KERETA KEPADA ERRA FAZIRA SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN



Suami kepada penyanyi dan pelakon, Erra Fazira iaitu usahawan, Ezwan Zain atau dikenali Mr E, 45, baru-baru ini telah memenangi cabutan bertuah apabila membawa pulang sebuah kereta Honda HR-V.

Kata Ezwan, kemenangan itu dianggap sebagai kejutan berganda apabila tarikh penerimaan hadiah itu jatuh tepat pada hari ulang tahun kelahiran Erra pada 9 Februari lalu sekali gus, dia berbesar hati menghadiahkan kereta itu kepada isterinya.

"Saya anggap ini rezeki perkahwinan dan rezeki kami berdua. Secara tidak langsung, kereta itu menjadi hadiah ulang tahun buat isteri saya. Jadi, saya hadiahkan kepada Erra bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada hari yang sama," katanya.

Klik untuk gambar besar

Akui Ezwan lagi, dia tidak pernah memenangi sebarang hadiah yang besar menerusi mana-mana cabutan bertuah sepanjang hidupnya.

"Saya tidak pernah memenangi sebarang cabutan bertuah, terutamanya yang sebesar ini. Kalau cabutan yang kecil dalam majlis biasa itu adalah juga, tetapi yang sebesar ini saya sifatkan sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka," ujarnya.
Dalam pada itu, Ezwan berkata, tetap melihat ia sebagai keberkatan hidup berumah tangga, walaupun akaun yang memenangi cabutan itu adalah akaun peribadinya.

Terbaharu, Ezwan difahamkan akan melebarkan lagi namanya dengan bergelar pengacara p0dcast di saluran YouTube bersama Erra, KasiOnz.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: