"Ayda sedang berpantang. Untuk anak ketiga ini, ini proses yang Ayda rasa paling s@kit untuk melahirkan. Masa anak pertama dan kedua dulu, dia tak rasa apa sangat. Dalam bilik bedah pun, mata dia berair tanpa henti.
"Ketika ni, perutnya 'berlubang' kerana jahitan terbuka. Jadi setiap hari perlu pantau keadaan kesihatannya. Bahagian jahitan itu agak bernanah. Selang sehari kita akan pergi ke hospital untuk bersihkan luk@. Saya mohon titipkan doa yang baik buat Ayda."
Demikian jelas pelakon Nabil Ahmad, dimana dia memaklumkan, isterinya iaitu pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat telah mengalami k0mplikasi pada jahitan bahagian perutnya selepas melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada 29 Januari lalu.
Kata Nabil, jahitan pada bahagian perut Ayda terbuka dan bernanah dan berhubung itu, mereka perlu berulang alik ke hospital buat masa ini untuk membersihkan luk@.
Klik untuk gambar besar
"Kami perasan perkara itu selepas seminggu Ayda bersalin. Dia hanya berehat di atas katil. Masa nak alihkan kaki, tiba-tiba dengar bunyi putus. Mulanya ingat s@kit biasa saja. Esoknya nampak ada 'leaking'. Ayda memang tak berhenti menangis," tuturnya yang turut meminta mendoakan buat isterinya itu.
Sementara itu, Nabil dalam masa sama turut memuji Ayda, dimana meskipun ketika s@kit, isterinya itu sentiasa kuat dan tidak pernah meninggalkan tanggungjawab.
"Alhamdulillah, Ayda seorang yang sangat kuat. Bila dia mengadu rasa s@kit, itu bermakna dia memang betul-betul s@kit. Ayda ini sejenis orang yang kalau s@kit t£ruk pun, dia tidak akan makan ubat.
"Selagi boleh tahan, dia akan tahan. Bila dia minta ubat, kita tahu yang dia memang betul tak tahan. Dia masih okay dan boleh tersenyum. Tetap juga menjaga anak-anak walaupun sedang s@kit," ujarnya.
Dalam pada itu, Nabil berkata, demi menjaga anak kecil, dia tidak mempunyai mas@lah untuk berjaga malam kerana sudah terbiasa dengan jadual kerja yang tidak menentu sebelum ini.
"Melalui pengalaman anak pertama dan kedua, beza kelahiran mereka semua adalah dua tahun sahaja. Jadi, rentak itu masih ada kerana jarak usia mereka tidak begitu jauh.
"Bila nak menukar lampin atau berjaga malam, saya jadi sudah terbiasa. Lagipun, bekerja dalam bidang produksi ini, tidur kita pun memang tak menentu. Secara tidak langsung, ia turut membantu saya untuk menjaga anak yang masih kecil.
"Badan memang sudah bersedia," kata Nabil yang mendirikan rumah tangga bersama Ayda pada 1 Januari 2021 dan kini mereka sudah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan Anggun Mikayla.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment