12 February 2026

"SAYA KINI SECARA RASMI TELAH BERCERAI" - SHARIFAH ALEYA REDA RUMAH TANGGA HANYA BERTAHAN 12 TAHUN, AKUI SELESAI TEMPOH IDDAH



"Assalamualaikum. Video reel ini adalah kompilasi rakaman dan perkongsian sejak November 2025. Saya kongsikan hari ini kerana hari ini menandakan berakhirnya tempoh iddah saya. Saya kini secara rasmi telah bercerai. Alhamdulillah 'alaa kulli haal."
Itulah tulis pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya menerusi media sosial, dimana dia mengumumkan sudah bercerai dengan suaminya, Mohammad Azam Abdullah yang juga dikenali sebagai Miko, selepas 12 tahun hidup bersama sebagai suami isteri.

"Saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik dan kami saling menyokong antara satu sama lain. Alhamdulillah, kami mempunyai sistem sokongan yang sangat baik. Terus melangkah ke hadapan, anak-anakku.

Klik untuk gambar besar 
"Insya-Allah, saya akan pulih dan okay. Jika tidak keberatan doakan saya dan anak-anak," tuturnya lagi yang tidak memberitahu tarikh sebenar perceraian mereka dan hanya berkongsi dia dan anak-anak berada dalam keadaan baik.

Untuk makluman, Aleya dan Miko mendirikan rumah tangga pada Januari 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ali Abdullah dan Ahyan Abdullah.

Aleya pernah berkahwin dengan Muhd Ashraf Aasimuddin pada Disember 2007 dan mempunyai anak kembar perempuan yang kini berusia 17 tahun, sebelum bercerai pada 2012.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: