"Bila saya buat siaran langsung, memang ada saja komen-komen neg@tif. Ada yang masuk 'live' dan cakap macam-macam, termasuk kata-kata kas@r. Saya sudah biasa. Bagi saya senang sahaja, kalau tak elok, saya s£kat. Habis cerita."
Demikian kata pelakon dan pengacara, Didie Alias, yang mengakui dia sudah lali berdepan kata-kata k£sat netizen, termasuk mengenai penampilannya yang masih belum berhijab di usia 54 tahun.
Tidak terkesan dengan sebarang kec@man dilemp@rkan, Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, mengambil pendekatan meny£kat individu berkenaan.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Didie turut menyentuh soal penghijrahan diri, dimana dia percaya setiap perubahan adalah ketentuan Allah dan dia sentiasa berdoa agar diberikan hidayah pada waktu yang tepat.
"Saya percaya semua yang berlaku adalah dengan izin-Nya. Kalau tiba-tiba Allah bukakan pintu baharu untuk saya, itulah rezeki. Segalanya sudah tertulis di tangan Dia.
"Setiap hari saya berdoa, minta anak-anak doakan saya juga. Mungkin masa saya akan tiba, cuma bila, saya sendiri tak tahu. Insya-Allah," tuturnya yang meluahkan rasa syukur apabila anak-anak memberi sokongan dan sentiasa menjadi tulang belakang serta sumber kekuatan untuk terus p0sitif.
"Baru-baru ini, saya ada penggambaran untuk sebuah jenama fesyen. Anak-anak tengok dan mereka kata, 'Cantiknya Mummy'. Dalam kumpulan WhatsApp pun mereka saling mendoakan saya. Bagi saya, doa-doa daripada anak itulah yang paling penting," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment