"Innalillahiwainnailayhiraji'un. "Indeed, to Allah we belong and to Allah we shall return"
"Ya Allah, kalau suatu hari nanti aku pergi, ambil lah aku seperti mana kau ambil abangku, Muhamad Sharul Affandy. Aku sangat mencemburui kepergiannya di bulan yang mulia ini.
"Pasti ada asbab kebaikkan yang dibuatnya sehingga kau mengangkat tinggi darjat kepergiannya ini. Dia pergi di bulan yang baik di mana bulan yang kau tutup pintu api neraka serapat rapatnya, tidak ada satu pun yang merasa sus@h dengan kepergiannya.
Klik untuk gambar besar
"Terima kasih Ya Allah kau telah pinjamkan sebentar manusia yang baik ini kepadaku dan kepada semua orang sekelilingnya. 🤲❤
"Muka abang macam tidur je semalam (kelmarin), abang mudah sangat sangat diuruskan. Masih tak percaya abang dah tak ada. Semua orang tunggu lama dekat kubur tak nak balik sampai kami semua diminta pergi sebab dah terlalu lewat.
"Adik percaya abang sekarang dah ada dekat syurga. Allah sayang abang. Allah lebih mengetahui. Adik janji akan ambik tanggungjawab yang abang dah galas selama hari ni dengan sebaik baiknya.
"Seorang abang yang baik, suami yang baik, anak yang baik, kawan yang baik, dan manusia yang baik. Syurga tempat yang terbaik untuk abang sebab tu Allah ambik abang.
"Adik sayang abang sangat sangat, Insya-Allah kita jumpa lagi dekat sana nanti okay? Adik ada banyak benda lagi benda nak mengadu dekat abang. Rindu sangat 🤍✨ Amin Ya Rabbal Alamin 🤲 Al-Fatihah untuk Muhamad Sharul Afandy🤲🤍✨"
Itulah tulis pelakon Mimi Lana menerusi media sosial miliknya, dimana dia mencemburui pemergian abangnya, Allahyarham Muhamad Sharul Affandy yang meninggal dunia, kelmarin.
Malah, isteri kepada pelakon Syafiq Kyle ini juga berharap dapat mengikut jejak langkah abangnya itu yang dijemput Ilahi pada bulan mulia iaitu bulan Ramadan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!














No comments:
Post a Comment