24 February 2026

SUASANA SEBAK IRINGI PENGEBUMIAN ANAK SULUNG AMYZA AZNAN - JENAZAH SELAMAT DIKEBUMIKAN



Pada pukul 10.40 pagi tadi, jenazah anak sulung kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail atau nama penuhnya, Andre Mikhail Khairil Izhar, 20, telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang, Selangor pada Selasa.
Pengkebumian arwah Andre yang dihadiri kira-kira 300 orang terdiri daripada keluarga, kanan rapat dan rakan selebriti itu berjalan dengan lancar.

Suasana menjadi sebak ketika Amyza memberi penghormatan terakhir buat anak tercintanya yang mengembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10.30 malam Isnin selepas hampir setahun bert@rung melaw@n kans£r paru-paru tahap tiga.

Klik untuk gambar besar
Antara rakan selebriti yang turut hadir termasuklah Didie Alias, Ieda Moin, Datin Sri Umie Aida, Datuk Fizz Fairuz, Fauziah Nawi, Lisdawati, Norman Hakim, Zed Zaidi dan ramai lagi.

Berita pemergian arwah Andre itu diumumkan sendiri oleh Amyza menerusi media sosial selepas berkongsi khabar duk@ apabila anak sulungnya itu disahkan menghidap kans£r paru-paru tahap tiga pada Februari tahun lalu.

Selang setahun, anak keduanya iaitu Adrian Adam, 18, pula disahkan menghidap kans£r tulang dan perkhabaran duk@ tersebut dikongsi oleh pelakon itu di media sosial miliknya sehingga mengejutkan ramai pihak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: