24 February 2026

"PERGINYA ANAK YANG SOLEH INI..." - SUAMI AMYZA AZNAN SIFATKAN ANDRE MIKHAIL SEORANG ANAK YANG BAIK & TIDAK PERNAH MENYUS4HKAN WALAUPUN S4KIT



"Andre anak yang baik dan tidak pernah menyus@hkan walaupun dalam keadaan s@kit. Itu yang kuatkan saya kerana dia pergi pada bulan Ramadan."
"Seharian kami tidak dapat bercakap dengan dia, seperti dia ditidurkan walaupun dia sedar sehinggalah nafas terakhir. Semalam kami sudah diberitahu keadaan anak sangat krit1kal. Kami sentiasa ada di sisinya.

"Setiap masa saya ada dengan arwah... Alhamdulillah semua dipermudahkan. Perginya anak yang soleh ini terlalu mudah bagi saya kerana dia pergi ketika saya ada di sebelah."

Klik untuk gambar besar 
Itulah kata suami kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Khairil Idzhar Md Nazir, dimana dia menyifatkan anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail sebagai anak yang baik serta tidak pernah menyus@hkannya biarpun s@kit.

Akui Kharil, dia kuat berdepan pemergian anak sulungnya itu berikutan Allahyarham dijemput pada bulan mulia iaitu bulan Ramadan.
Dalam pada itu, kongsinya lagi, Allahyarham Andre pernah mengadu mengenai keadaannya yang semakin tidak kuat.

"Dia ada cakap kenapa dia makin lama makin tak kuat. Saya cakap itu prosesnya dan dia faham," ujarnya.
Semalam, Allahyarham Andre dilaporkan telah meninggal dunia sekitar pukul 10.15 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas setahun disahkan menghidap kans£r paru-paru tahap tiga.

Jenazah Allahyarham Andre dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3, Keramat untuk disolatkan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, jam 10.40 pagi tadi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: