"Sebab dia tahu saya adalah emak yang berkepit dengan anak 24 jam. Yang sangat 'protective' (melindungi), dia tahu saya memang 'clingy' (berkepit). Dia tahu. Jadi, dia tak nak saya tengok kot dia pergi.
"Dia takut saya tak boleh 'move on' (meneruskan hidup) tak boleh nak lupa. Jadi dia pergi sewaktu saya balik (rumah) untuk 'freshen up' (segarkan diri). Habis mandi, mereka hubungi tanya saya di mana. Saya ralatlah, mestilah saya nak jumpa dia 'pergi', tapi tak ada rezeki.
"Maaflah kalau saya cakap macam ini. Mungkin ada yang tak setuju, "Move on lah, kita kena terima qada' dan qadar Tuhan", saya tak nampak lagi. Tapi saya tahu Insya-Allah suatu hari akan bangkit."
Klik untuk gambar besar
Kata Amyza, dia dan arwah anaknya sentiasa bersama dan berhubung itu, dia tidak tahu akan mengambil masa berapa lama untuk 'move on' dengan pemergian anak sulungnya itu apatah lagi mereka sentiasa bersama.
Dalam pada itu, akuinya lagi, ujian dilaluinya amat p£rit apabila anak keduanya pula disahkan hidap kans£r tulang dimana berita duk@ itu diterimanya setahun selepas anak sulungnya itu disahkan hidap kans£r paru-paru.
"Sangat sangat (p£rit). Tahun lepas dia (Arwah Andre) seorang saja yang disahkan menghidap s@kit kans£r. Tahun ini saya dapat tahu dekat Adrian pula. Tahun ini dia (Arwah Andre) tinggalkan saya pula. Memang p£rit, Memang p£rit," tuturnya.
Disamping itu, Amiza berkata, sifat lemah lembut dan tidak pernah meninggikan suara antara kenangan paling diingati terhadap arwah anaknya itu.
Malah kongsi lagi, sepanjang hayat Allahyarham Andre, dia merupakan anak yang sangat baik, tidak pernah melaw@n atau berg@duh dengan sesiapa termasuk adik-beradiknya.
"Tak ada ibu yang tak puji anak kan? Tapi saya puji dia sebab memang dia begitu. Dia tak pernah 'hei', tak pernah melaw@n. Antara dia dengan adik dia pun tak pernah berg@duh, berkas@r atau naik suara. Tiga beradik ini memang sangat penyayang daripada kecil sampai besar," tuturnya.
Jelas Amyza, apa yang menyentuh hati, sikap menghormati orang lain itu tetap utuh dalam diri arwah anak sulung itu walaupun ketika berada dalam keadaan nazak.
"Walaupun waktu dia dah nazak dan sangat lemah, tapi bila orang panggil ada tetamu datang dia akan cuba naikkan kepala sebagai hormat. Itulah Andre Mikhail," ujarnya yang dalam masa sama turut mengakui pemergian anaknya pada bulan Ramadan yang mulia sedikit sebanyak memberi ketenangan buat dirinya.
"Macam-macam yang bermain di fikiran. Dia pergi pada bulan yang baik. Dia juga tinggalkan banyak perkara baik untuk saya, adik-adik dia, kawan-kawan dan keluarga.
"Banyak kebaikan yang kami tumpang daripada dia. Senang cerita, dia tinggalkan kenangan dan perkara yang baik untuk kami," katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Keramat, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sebelum ini, Andre dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 malam Isnin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas setahun bertarung dengan kans£r paru-paru tahap tiga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment