"Saya reda dengan pemergian abang saya. Saya anggap benda ini sebagai satu ujian dan takdir. Saya harap Allah merahmati abang saya dan lindungi dia daripada az@b kubur dan azab ap1 ner@ka."
"Sebenarnya dia (arwah abang) macam... bagi rasa semangat jugaklah. Sebab kita (akan) sama wad kan nanti. Tapi dah Allah takdirkan ambil dia dulu, tak apalah. Kita terima je.
"Apa pun saya kena kuat untuk keluarga saya, terutama buat ibu bapa, serta adik lelaki saya. Ini kerana saya sekarang ialah 'big brother'."
Klik untuk gambar besar
Adrian dalam masa sama turut memberitahu, dia juga mahu membawa semangat arwah abangnya untuk melaw@n kans£r tulang dihidapinya.
Disamping itu, Adrian turut berkongsi detik-detik akhir bersama arwah abangnya, dimana keadaan Andre ketika itu sudah 'di awang-awangan' dan cuma mampu bercakap ringkas sahaja.
"Jadi dia macam apabila kita tanya, dia seperti mengigau dan mamai. Kami tidak tahu apa yang dia cuba cakap. Saya ada tanya dia, "Hendak makan tidak?" Dia jawab, "Tidak mahu. Mengantuk, hendak tidur."
"Lepas itu, saya kata "Tidak apalah, baringlah, tidur"," tuturnya yang cukup bersyukur melihat sokongan ramai pihak termasuk rakan-rakan artis ibunya yang berkongsi berita Andre serta hadir di hospital serta pengebumiannya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment