"Sebenarnya aku sudah faham arah akhirnya ke mana, tapi aku masih ingin tinggal sedikit lebih lama. Menikmati sisa cerita sebelum semuanya benar-benar jadi kenyataan."
Itulah tulis penyanyi Elyana, 39, menerusi satu hantaran media sosial, dimana dia dipercayai sedang menjalani rawatan kem0terapi bagi merawat kans£r limfoma yang dihidapinya sejak 2010.
Hantaran Elyana itu telah mencvri perhatian ramai, termasuk rakan artis seperti Ella, Ziela Jalil Azza Elite dan Sherry Ibrahim yang meninggalkan komen dengan mendoakan agar penyanyi itu tidak berputus asa.
Ini kerana hantaran Elyana yang menyentuh hati dengan kata-kata yang mengundang hiba itu tidak dijelaskan secara terperinci mengenai keadaan terkininya yang sedang menerima rawatan di hospital.
Klik untuk gambar besar
"Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Semoga mendapat kesembuhan dengan segera," tutur Ziela Jalil.
Terdahulu, Elyana mendedahkan, dia menghidap kans£r limfoma selepas tersingkir daripada pr0gram Gegar Vaganza pada 2017.
Jelasnya, dia disahkan peny@kit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor dia hanya mampu hidup setahun sahaja.
Untuk makluman, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayah, 16 tahun.
Selain Cahaya, Elyana dan Khairul turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani dan seorang anak angkat istimewa bernama Tulus.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment