"Anak... kita tidur bersama untuk kali terakhir dan pelukan terakhir untuk mu....💔," demikian tulis pelakon Amyza Aznan menerusi perkongsian yang dimuat naik di media sosial.
Kata-kata Amyza yang ringkas itu nampaknya terus meruntun jiwa apabila memuat naik foto memeluk jenazah anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail, 20, yang menghembuskan nafas terakhir, Isnin lalu.
Ruangan komen pada hantaran Amyza yang menyentuh perasaan itu tidak putus-putus menerima doa serta kata-kata semangat agar terus diberi kekuatan untuk men£mpuh ujian berat berkenaan, selain dibanjiri ucapan takziah daripada rakan selebriti dan peminat.
Klik untuk gambar besar
"Bayangkan anak yang kita susukan dan tidurkan, kini hanya jasad tak bernyawa. Berat ujian ini," antara komen yang ditulis netizen.
Sebelum ini, anak Amyza iaitu Allahyarham Andre Mikhail dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 10.15 malam akib@t kans£r paru-paru tahap tiga di Hospital Kuala Lumpur.
Jenazah Andre yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di Hulu Klang, pada jam 10.40 pagi, semalam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment