"Saya pernah alami perkara sama (kesus@han) tapi masa itu saya tunggu hingga tiada orang datang bantu. Waktu itu saya dah rasa agak suk@r untuk dapatkan sumbangan dan bantuan.
"Saya cuba untuk buat orang lain tidak alami nasib yang sama seperti saya. Saya cuba ringankan beban semua walaupun saya bukanlah kaya. Sekadar membantu bagi kelangsungan hidup mereka."
Itulah jelas pelakon Didie Alias, 55, dimana dia tampil memberi respons terhadap pujian netizen yang menyifatkannya sebagai antara individu terawal tampil menghulurkan bantuan dan sokongan kepada rakan artis yang berdepan kesus@han.
Kata Didie atau nama sebenarnya, Nur Fadzilah Ali, tindakannya itu bukanlah sesuatu yang luar biasa, sebaliknya lahir daripada pengalaman hidupnya sendiri yang pernah melalui detik suk@r tanpa bantuan sesiapa.
Dalam pada itu, ada segelintir pihak mencadangkan agar Didie dilantik sebagai presiden persatuan artis selepas keprihatinannya yang konsisten terhadap kebajikan rakan-rakan industri seni.
Klik untuk gambar besar
Namun begitu, t£gas pelakon drama 'Seribu Tahun' itu, dia tidak pernah terfikir untuk memegang sebarang jawatan kerana baginya apa yang dilakukan adalah tanggungjawab bersama dan bukannya platform untuk meraih kedudukan.
"Saya rasa tak perlu jawatan-jawatan itu semua sebab ini dah memang tanggungjawab kita. Saya datang membantu bukan nak berlaw@n dengan sesiapa untuk jawatan presiden dan sebagainya. Itu bukan saya.
"Pada saya kalau tiada orang membantu pun, saya boleh buat seorang diri. Saya ada cara sendiri untuk ikhtiar bagaimana nak cari bantuan. Kalau ada yang tak suka cara saya itu terpulang kepada mereka.
"Saya bukan nak menunjuk, apa yang saya lakukan ini semuanya seikhlas hati," ujarnya yang turut mengakui, dia tidak pernah mengharapkan bal@san dalam bentuk wang ringgit kerana segala usaha yang dilakukan hanyalah demi mencari keberkatan dan bekalan akhirat.
"Mungkin asbab pertolongan ini semua dapatlah saya sedikit pahala untuk akhirat nanti. Saya pun tak tahu bila waktu saya pula. Kalau saya s@kit ada ke yang nak tengok saya?
"Saya bukan mahu bal@san orang hantar duit tetapi cukuplah sekadar ada yang menziarahi saya nanti," tutur Didie yang sebelum ini sering dilihat komited dalam membantu rakan seperjuangan yang dit1mpa musib@h.
Terbaharu tindakan Didie yang hadir menemani Amyza Aznan di hospital ketika pelakon itu diuji dengan pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail pada Isnin mendapat perhatian ramai.
Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat sokongan yang diberikan Didie dan menyifatkannya sebagai seorang sahabat yang setia serta berhati mulia.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment