26 February 2026

PERSOALAN ADAKAH SAH SOLAT SITI NURHALIZA TANPA TELEKUNG - INI JAWAB AGAMAWAN



"Ramai tanya saya adakah solat DS Siti ini sah?
JAWAPAN SAYA: "Solat DS Siti SAH.... Beliau telah tutup aurat untuk solat. Telekung bukan syarat sah solat. Telekung hanya budaya bukan rukun atau syarat sah solat...

HUKUM DAGU: Menurut Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu' dari mazhab Shafie: "Wajah ialah antara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu (yang nampak leher), dan dari telinga ke telinga." Ini bermaksud: - Bahagian luar dagu termasuk muka. - Bahagian bawah dagu yang nampak leher (masuk kawasan leher) bukan muka → wajib ditutup.

Klik untuk gambar besar 
"Namun perkara tersebut khilaf ulama. Sekian, Terima Kasih."

Demikian Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim yang tampil menjawab pertanyaan mengenai solat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sekali gus merungkai kekeliruan ramai pihak.

Baru-baru ini, tular gambar penyanyi nombor satu negara itu di media sosial, dimana ia memaparkan beliau menunaikan solat dengan hanya berjubah ketika menghadiri sebuah majlis berbuka dan perkara itu telah menc£tuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: