02 February 2026

SELAMAT BERNIKAH - PABLO AMIRUL TENANG, SIAP KETAWA BILA PELAMIN TERBAK4R : "KALAU MEL£TUP... SAYA SELAMATKAN ISTERI SAYA, PELUK DIA..."



Dengan sekali lafaz, pelakon Pablo Amirul, 41, telah pun sah bergelar suami kepada pakar estetik, Dr Hana Rose sekitar jam 12.30 tengah hari tadi dalam satu majlis nikah yang diadakan di The Dove Hall, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Majlis yang berlangsung serba indah itu menyaksikan Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, turut menyerahkan wang tunai RM800, sebentuk cincin berlian dan set alat solat sebagai mas kahwin, manakala wang hantaran pula dirahsiakan jumlahnya.

Sementara itu, Pablo menyifatkan kehadiran Hana yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan yang dinamakan Ariana Rose, sebagai hadiah paling bermakna dalam hidupnya.

Klik untuk gambar besar 
"Allah sudah aturkan saya terus melangkah ke alam bapa. Saya gembira. Setiap hari saya berdoa untuk memiliki keluarga dan akhirnya Allah makbulkan," tuturnya.

Dalam kegembiraan, terc£tus panik dan c£mas dalam kalangan tetamu yang hadir selepas berlakunya insid£n kebak@ran kecil pada bunga hiasan di bahagian kanan pelamin ketika pasangan pengantin sedang menjalani sesi fotografi menggunakan gimik l£tupan belon.
"Pelakon aksi memang macam itu. Kalau dia tengok, mmm... okey, tak ada mel£tup lagi, okeylah itu. Saya ini pelakon aksi jadi sudah terbiasa berdepan situasi mencab@r. Saya tengok keadaan masih terkawal dan tidak berbah@ya. Kalau mel£tup, lain ceritalah. Ketika itu, sudah tentu keutamaan saya adalah menyelamatkan isteri.

"Saya selamatkan isteri saya, peluk dia, tak ada hal kan. Tapi kejadian ini jadi antara momen paling menarik," kata Pablo yang dilihat tenang, malah siap ketawa apabila kebak@ran ini berjaya dipadamkan oleh kakitangan pengurusan perkahwinan.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan buat pasangan pengantin baru ini yang tampil segak dan anggun dalam persalinan sedondon rona putih dan semoga ikatan perkahwinan itu kekal hingga ke akhir hayat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: