14 February 2026

TULAR VIDEO CUCI LANTAI MASJID - RAMAI DAKWA RADHI OAG, PUJI TINDAKANNYA



Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna di TikT0k, dimana ia memaparkan seorang lelaki yang dilihat sedang mencuci lantai di sebuah masjid.
Menerusi video yang dikongsikan, lelaki berkenaan sedang menarik air membersihkan bahagian kaki lima masjid.

Dalam pada itu, ramai yang mendakwa lelaki berkenaan adalah seorang vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi atau nama sebenarnya, atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali, 49.

Klik untuk gambar besar
Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan dilakukan penyanyi terbabit.

Meninjau ke ruangan komen, netizen berkata, tindakan penyanyi itu adalah saham akhirat yang paling mudah untuk dilakukan, sekaligus memudahkan urusan orang sekeliling.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: