16 March 2026

AL-FATIHAH - ABANG RAJA AZURA KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada pelakon Raja Azura atas pemergian abangnya, Raja Ariffadhila Raja Tengku Ahmad Tajudin yang meninggal dunia hari ini.

Berita duk@ tersebut dikongsikan oleh Raja Azura menerusi media sosial miliknya, dimana dia turut melahirkan perasaan sedih kehilangan abangnya itu.

"Al-Fatihah. Buat kekanda saya.. 10 Ramadhan 1447h terahkir 😭. Semoga Allahyarham diredhai Allah SWT, ditempatkan disisinya sebagai mana diredhainya Rasul Rasul Nabi Nabi Aulia Aulia Para Siddiqin Para Wali Allah yang terdahulu dan kemudian daripada kita. Amin ya rabbal Alamin," tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, bagaimanapun tidak memaklumkan lebih lanjut mengenai punca kem@tian abangnya itu.

Meninjau ke ruangan komen, rakan-rakan artis dan pengikutnya turut bersedih dan mengucapkan salam takziah serta menitipkan kata-kata semangat buat Azura.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: