Penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 32, dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, 34, dikatakan bakal melangsungkan hari majlis bahagia mereka dalam masa terdekat ini selepas menjadi bualan hangat dalam kalangan rakan artis dan peminat.
Dakwaan itu timbul susulan beberapa persiapan yang dilihat sedang dilakukan oleh pasangan yang diberi nama 'BASS' ini menjelang majlis tersebut dan apa yang lebih menarik perhatian, beberapa rakan artis termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dikatakan memberi bayangan tentang perkara itu.
Bukan itu sahaja, malah peminat juga mula mengaitkan beberapa petunjuk bahawa Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabella Awang Astillah dan Syed Saddiq mungkin akan disatukan tidak lama lagi.
Menerusi tangkap layar yang tular di Thr£ads itu, seorang peminat berjaya mengumpulkan beberapa petunjuk yang dipercayai mempunyai kaitan dengan hari bahagia pasangan tersebut.
Klik untuk gambar besar
"Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya," tulis Ben Ali.
"Saya ada baju ini warna kuning yang mana akan dipakai pada majlis yang sangat bermakna dalam masa terdekat. Ia adalah bagi meraikan kebahagiaan rakan saya," kata Fazura pula.
Meninjau ke ruangan komen, peminat turut mendedahkan abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah atau Spacedollah kini sedang mencari baju berwarna kuning untuk dipakai pada 28 Mac ini.
Dalam pada itu, rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan berita baik itu menjadi kenyataan.
Untuk makluman, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan sah bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment