"Kalau saya ceritakan apa ayah cakap, mungkin ramai terkejut. Cukuplah saya katakan dia selalu kec£wa dengan pilihan saya. Namun ayah tetap berbuat baik.
"Insya-Allah saya akan buat pilihan lebih tepat pada masa depan. Ayah sudah menetapkan standard sangat tinggi, cuma saya sahaja yang pernah membuat keputusan kurang bijak."
Demikian kata pemp£ngaruh media sosial, Ameera Khan, 26, dimana dia mendedahkan bapanya kerap berasa kec£wa dengan pilihan pasangannya sebelum ini.
Jelas Ameera atau nama penuhnya, Nur Ameera Abdul Halim Khan, bapanya meletakkan standard yang sangat tinggi membuatkan dia sedar banyak keputusan sebelum ini tidak begitu bijak.
Klik untuk gambar besar
"Saya pernah berada dalam situasi itu. Saya merancang banyak perkara, malah menanggung kebanyakan perbelanjaan.
"Saya juga sering meminta maaf walaupun bukan sal@h saya, membantu pasangan berkembang dan memberi keyakinan, tetapi tidak menerima perkara sama sebagai bal@san.
"Saya tidak mahu melalui keadaan itu lagi kerana saya terlalu baik dan terlalu mudah menyayangi seseorang," tutur yang turut mendedahkan, pengalaman peribadinya sebelum ini mengajarnya tentang apa yang sepatutnya dilakukan seorang lelaki dalam hubungan.
Adik kepada pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa itu dalam masa sama juga menekankan bahawa wanita tidak sepatutnya berkompromi jika pasangan tidak menghargai mereka.
"Bagi saya, peranan lelaki dalam hubungan bukan sekadar memberi nafkah. Saya mampu menyara diri sendiri, Alhamdulillah. Jadi saya tidak perlukan lelaki semata-mata untuk itu, tetapi tetaplah memanjakan saya kerana saya menyukainya.
"Seorang lelaki sepatutnya membuat pasangan rasa selamat, stabil dan dihargai. Jika perkara itu tiada, jangan sesekali berkompromi," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment