17 March 2026

BILA DJ KIDD TAMPIL JAWAB STATUS HUBUNGAN, AKUI SUDAH TIDAK BERSAMA EMMA MAEMBONG LAGI



"Salam satu Malaysia, di sini saya nak memaklumkan di mana saja saya berada orang sibuk tanya saya dimanakah pasangan saya. Saya berbesar hati ingin memberitahu yang saya tidak lagi bersama dia.
"Saya harap tiada lagi persoalan selepas ini dan saya juga mendoakan kebahagiaan dia bersama siapa jua dia bersama. Amin."

Itulah tulis DJ Kidd menerusi media sosial miliknya, dimana dia tampil menjawab mengenai hubungannya dengan pelakon Emma Maembong, dimana dia mengesahkan mereka kini bukan lagi pasangan kekasih.

Klik untuk gambar besar 
Perkongsian DJ Kidd itu bagi mengelakkan terus dihujani pertanyaan orang ramai mengenai kelibat pelakon itu di sisinya serta berharap agar tiada lagi pihak yang membangkitkan isu atau persoalan mengenai hubungan mereka pada masa akan datang.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama secara khusus dalam hantaran itu, rata-rata netizen membuat sp£kulasi dan mengaitkan kenyataan berkenaan dengan Emma.
Terdahulu, desas-desus mengenai hubungan cinta pasangan ini menjadi bualan hangat warganet selepas tular beberapa keping gambar yang memaparkan mereka menikmati percutian bersama di luar negara.

Malah, terdapat juga sp£kulasi yang mendakwa kononnya Dj Kidd dan Emma yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu itu sudah pun melangsungkan pernikahan secara rahsia.

Berhubung sp£kulasi tersebut, kakak Emma iaitu Shikin Maembong tampil menafikan dakwaan itu sambil men£gaskan tiada sebarang ikatan perkahwinan antara adiknya bersama DJ Kidd seperti yang diperkatakan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: