"Janganlah begitu, saya baru 16 tahun. Hidup ini kena tenang sahaja. Kami cuma kawan dan Zareef ini kawan baik kepada adik saya, Baem.
"Kami memang kawan sahaja, tiada yang pelik-pelik. Tiada sentuh-sentuh, kami jaga jarak dan saya tahu batas saya. Tak nak kahwin, saya tetap dengan prinsip saya... cuma nak abah saya sahaja."
Demikian kata anak kedua kepada usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra, 16, dimana dia kekal dengan prinsip tidak mahu berkahwin walaupun segelintir netizen cuba menjodohkan dirinya dengan anak pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Zareef.
Klik untuk gambar besar
Jelas Qadejah atau mesra disapa Cess, dia menyedari batas yang perlu dijaga sebagai remaja, selain mengatakan hubungan dia dan Zareef sekadar kawan biasa.
Selor0h Cess, satu-satunya lelaki yang mahu dimanjakan dalam hidupnya ketika ini hanyalah bapanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment