"Sampai ke hari ini, isteri saya tak pernah tukar cadar sekali pun. Saya yang tukarkan. Kalau dulu itu seharusnya menjadi kerja wanita.
"Tetapi ketika zaman orang ramai menggunakan tilam spring, tebal dan berat.. itu bukan lagi kerja seorang wanita. Itu kerja seorang lelaki."
Itulah ujar pelakon Faizal Hussein menerusi p0dcast bersama Nona, dimana dia mendedahkan isterinya, Suhaila Sulaiman tidak pernah melakukan tugas menukar cadar tilam sejak awal perkahwinan mereka sehingga kini.
Kata Faizal, tugas tersebut tidak sesuai dilakukan oleh isterinya kerana tilam zaman sekarang sudah berat berbanding zaman dulu.
Dalam pada itu, tambahnya lagi, dia turut membantu bidadarinya itu melakukan kerja pembersihan rumah sebagai tanda kasih sayangnya buat isteri tercnta.
"Mencuci, vacum, bersihkan rumah, lap habuk.. saya suka buat kerja-kerja itu. Pada saya, itu menunjukkan rasa kasih sayang saya pada isteri. Sampai sekarang, saya bagi isteri bunga," tuturnya.
Untuk makluman, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Suhaila pada 3 Julai 2004 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fazryn, 21, dan Fazrick, 18 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment