05 March 2026

AL-FATIHAH - WAN SCREEN DIJEMPUT ILAHI



Pada 8.40 malam tadi, pemain gitar kumpulan Screen iaitu Ridzuan Rasol @ Mat Rasol atau Wan, 52, dilaporkan telah meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di Taman Sijangkang Permai, Telok Panglima Garang, Selangor.

Adiknya, Mohd Zaid memaklumkan, kem@tian abangnya itu disahkan berpunca daripada mas@lah jantung.

"Abang memang ada mas@lah jantung dan sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang untuk mas@lah jantung. Selain itu abang juga menghidap k£ncing manis serta dar@h tinggi dan perlu makan ubat," jelasnya.

Klik untuk gambar besar

Difahamkan, jenazah Allahyarham Wan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pendamar, Klang sekitar jam 10 pagi tadi.

Untuk info, Wan yang juga beraksi sebagai pemain keyboard adalah anggota asal kumpulan berasal dari Klang ini bersama Allahyarham Gmie.

Kumpulan Screen yang ditubuhkan pada pertengahan era 1990-an, mula mencipta nama menerusi pelbagai lagu antaranya 'Tak Suka Tak Apa', 'Kau Saja Di Hati' dan 'Bila Kau Kata Kau Sayang'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: