"Harus kalian tahu, kami yang tak boleh melihat ni sangat bergantung kepada nada kalian bercakap. Kalau nada kalian baik, maka baiklah persepsi kami pada kalian. Begitu juga sebaliknya.
"Sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, Semestinya kemahiran menggunakan nada sudah kalian kuasai. Elakkan gunakan nada rumahan atau kampungan waktu melayan pelanggan. Kalau di kampung boleh saja nak kata.
"Aku ni memang macam ni. Cakap memang kasar." Sangat berbeza bila kalian bekerja. Bila nadanya tak betul, tak ada perkataan lain dari kami untuk kalian selain Kurang Ajar.
Klik untuk gambar besar
"Apa yang mahu kami tegaskan, kami hanya Buta bukan Bodoh. Tolong layan kami sebagai orang yang tak bodoh, " kongsi penyanyi Azmi Saat, meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang kurang mesra dan tidak beradab.
Nampaknya, masih ada segelintir pihak yang melayan orang ramai terutamanya OKU sebegitu. Budaya tersebut mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka, hingga mengguris hati golongan cacat penglihatan seperti Azmi Saat.
Apa komen korang?
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment