"Masya-Allah Tabarakallah. Alhamdulillah, Shad selamat melahirkan anak kami yang ke-4 waktu subuh tadi. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian."
Demikian tulis penyanyi dan pelakon, Alif Satar, 36, dimana dia berkongsi khabar gembira menerusi media sosial apabila isterinya, Shadila Halid selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka pada 2 Syawal.
Melihat perkongsian itu, Alif atau nama penuhnya, Muhamad Alif Mohd Satar, turut memaparkan anak sulungnya memangku bayi yang wajahnya ditutupi dengan emoji hati sambil ditemani dua adiknya.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Alif juga menitipkan doa buat anaknya yang baru lahir agar sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam," tuturnya yang mendirikan rumah tangga bersama Shadila pada 15 September 2014.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu kini sudah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 11; Ariana Mecca, 9; Muhammad Ali, 7; dan seorang bayi yang baru dilahirkan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment