Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak veteran, Sathiya, 62, iaitu Amani Nair Satya, 37, telah berkongsi perkembangan baharu bapanya, dimana Sathiya yang dibenarkan pulang ke rumah kira-kira jam 5 petang semalam itu kini berada dalam keadaan ceria.
Tutur Amani lagi, walaupun bapanya seorang yang jarang meluahkan perasaan, namun kali ini dia menyatakan kerinduan yang mendalam terhadap cucunya yang berusia setahun lapan bulan itu.
"Ayah rindu mahu jumpa cucunya, Arya. Ayah sihat seperti biasa dan nampak ceria saja, tidak ada apa-apa perubahan yang ketara. Bagaimanapun, doktor menasihatkan ayah agar berehat sepenuhnya selama dua bulan kerana luk@ pada bahagian kakinya masih basah selepas menjalani pemb£dahan.
"Ayah juga kelihatan sedikit penat kerana baru saja pulang dari hospital semalam," katanya yang turut mengulas mengenai rutin penjagaan di rumah, dimana bapanya perlu mengikut jadual pengambilan ubat yang ditetapkan pada waktu pagi, tengah hari dan malam, selain perlu mengelakkan pengambilan makanan laut, ikan bilis dan telur.
Dalam pada itu, Amani mewakili pihak keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta wakil Pegawai Khas, Datuk Arvend Appasamy atas sumbangan berjumlah RM10,000 yang diberikan.
"Terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan-rakan artis yang memberikan sumbangan, menghubungi saya untuk bertanya khabar ayah, serta meluangkan masa untuk datang melawat ayah.
"Paling menyentuh hati apabila ada peminat ayah yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu melihat keadaan ayah. Terima kasih kepada semua peminat dan rakan-rakan atas doa serta sokongan kalian," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment