"Ya Allah, kau peliharalah kasih sayang mereka hingga ke Jannah. Limpah kurniakan kepada mereka nikmat kebahagiaan. Jauhi mereka daripada has@d d£ngki."
Itulah doa penerbit dan pengarah Erma Fatima, 58, dimana dia menitipkan buat pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman dalam satu hantaran di media sosial miliknya.
Erma yang berkongsi video berkenaan selepas Fattah dan Amira dipercayai hadir pada majlis iftar anjurannya itu memohon supaya hubungan kasih sayang antara pasangan itu sentiasa berkekalan.
Malah, Erma turut mendoakan agar Fattah dan Amira sentiasa diberikan nikmat kebahagiaan serta dijauhkan daripada has@d d£ngki.
Menerusi video yang dikongsikan, Erma dan Amira kelihatan mesra bertegur sapa dan berpelukan.
Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, Erma juga sempat bergurau senda bersama Fattah dengan gelaran tunang.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen terhibur melihat gelajat Erma dan Fattah.
"Fattah dah kahwinlah, jadinya dah jadi bekas tunang. Masih tunang ke? Hahaha," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment