"Khalisa sekarang sudah 2 Tahun 4 Bulan. Alhamdulillah dia jarang s@kit. Jarang sangat kami rasa sus@h menjaga dia. Jauh banyak yang seronok dari yang sedih. Cuma, satu nikmat besar yang belum kami rasai adalah panggilan Ayah/Ibu dari Khalisa.
"Sampai sekarang, Khalisa belum ada sepatah pun perkataan bermakna dari mulutnya. Malah, kalau dipanggil namanya pun Khalisa tak respond. Namun syukurnya banyak juga bijaknya dari sudut lain.
"Setelah puas mencari info, hubungi sana sini, Alhamdulillah kami dipertemukan dengan Super Kidz yang menyediakan khidmat Program Intervensi Awal. Kebanyakan tempat hanya menerima anak berusia 3 tahun ke atas. Berbeza dengan Super Kidz yang boleh terima untuk umur Khalisa.
Klik untuk gambar besar
Itulah tulis penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat menerusi media sosial, dimana dia dalam usaha membuatkan anak perempuan tunggalnya, Khalisa Insyirah boleh bercakap dan memanggilnnya dan isteri 'Ayah Ibu' suatu hari nanti dengan menghantarnya ke sebuah pusat, baru-baru ini.
Apa pun, semoga Allah makbulkan doa dan permudahkan urusan Azmi dan isteri untuk anak kesayangan mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment