04 March 2026

MAKIN SUSUT SEJAK DISAHKAN KANS£R TULANG - CARA JALAN ANAK KEDUA AMYZA AZNAN BERUBAH, KAKI B£NGAK PADA MULANYA



"Dia lalui pemeriksaan terperinci sebanyak tiga kali sebelum doktor sahkan dia menghidap kans£r.

"Buat masa ini, kami masih mencari hospital yang sesuai buat (rawatan) Adrian kerana banyak duit sumbangan yang nak tengok dia sihat semula seperti sedia kala.

"Saya faham sumbangan itu diberi agar tidak berlaku perkara yang sama. Tapi sementara tunggu rawatan di hospital, saya ada minta air (penawar) daripada imam masjid."

Itulah jelas pelakon Amyza Aznan, 50, mengenai Adrian Adam, dimana perubahan pada cara berjalan anak keduanya yang kini berusia 18 tahun itu menjadi petanda awal sebelum mereka mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital.

Menurutnya lagi, cara jalan Adrian mula berubah, selain kaki kanannya mengalami bengkak secara tiba-tiba pada awal Januari lalu, sebelum disahkan menghidap kans£r tulang pada bulan Februari.

Masih dalam usaha mencari hospital yang sesuai untuk rawatan Adrian selepas menerima sumbangan daripada orang ramai, Amyza berkata, buat masa ini, anak keduanya itu menjalani rawatan alternatif sementara menunggu keputusan mendapatkan pusat perubatan yang bersesuaian.

Dalam pada itu, tutur Adrian pula, sekiranya terlalu banyak bergerak kakinya akan s@kit, selain memerlukan rehat yang mencukupi setiap hari.

Klik untuk gambar besar

Maklumnya yang kekal tabah menghadapi dug@an selepas disahkan menghidap penyakit tersebut, berat badan juga semakin susut berikutan perubahan pola pemakanan yang diamalkan.

"Saya akan s@kit kaki kalau banyak berjalan, selain perlu banyak berehat. Berat badan saya pun makin menurun sebab kurang makan tapi lebih kepada berpantang sebenarnya.

"Mana yang orang cakap benda itu memberi kesan kepada kans£r, saya akan elak untuk makan. Gula memang saya tak ambil dan lebihkan kepada makanan sebenar (real food)," kongsinya.

Akui Adrian lagi, dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk menyambung pelajaran dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pr0ses rawatan serta penyembuhan.

"Niat saya memang nak sambung belajar tapi sebab keadaan saya macam ini, banyak yang saya tangguh dahulu. Ada beberapa pr0gram yang sepatutnya saya ikuti tapi sebab keadaan makin t£ruk, saya terpaksa tarik diri saat akhir," ujarnya.

Pada Februari lalu, Amyza mendedahkan anak keduanya disahkan menghidap kans£r tulang selepas setahun anak sulungnya iaitu Allahyarham Andre Mikhail melawan kans£r paru-paru.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: