04 March 2026

BILA ASAD MOTAWH DEDAH ADA KETURUNAN AFRIKA : "SEMUA SAUDARA SAYA TINGGI & BERBADAN BIDANG YANG BESAR... SEPATUTNYA, SAYA JUGA ADA GENETIK ITU"



"Sebenarnya saya ada keturunan Afrika, sebab Libya sebahagian daripada Afrika juga. Atuk dan saudara-mara saya semua berkulit gelap.

"Di kampung sana, memang semua saudara saya tinggi dan berbadan bidang yang besar. Sepatutnya, saya juga ada gen£tik itu. "Tapi ayah saya seorang sahaja yang agak pendek, mungkin sebab dia tidak jaga diet pemakanan."

Itulah jelas penyanyi Asad Motawh, dimana dia mendedahkan, dirinya mempunyai keturunan Libya, Afrika Utara dan perkongsiannya itu mendapat perhatian.

Klik untuk gambar besar

Asad menerusi satu perkongsian di media sosial, berkata, saudara maranya memiliki fizikal yang tinggi serta besar dan hanya bapanya memiliki tubuh yang lebih kecil.

Kongsinya lagi, berbanding masyarakat di sini, keluarganya di Libya mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang berbeza. "Cara keluarga saya di sana jaga diet pemakanan agak berbeza dengan kita di sini. Semua jenis sumber makanan mereka di sana adalah daripada bahan semula jadi.

"Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mereka tanam sendiri. Susu juga mereka perah sendiri daripada lembu. Disebabkan ini juga la semua orang di sana mempunyai kulit yang cantik," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: