28 March 2026

FOTO BERSAMA WANITA C£TUS PELBAGAI REAKSI SEHINGGA DITUDUH KENA SIH1R - INI JELAS NUBHAN : "DAH LAMA BERKAWAN... TAKKANLAH SAYA NAK CARI YANG MAKCIK KAN?"



"Itu kawan lama saya. Kami memang dah lama berkawan dan memang selalu pergi bercuti bersama-sama. Lagipun bukannya saya pergi berdua dengan dia saja, ramai lagi kawan-kawan yang ikut. Setiap kali saya buat hantaran dengan wanita lain mesti ada saja yang akan dig0sipkan."

Itulah kata penyanyi Nubhan, di mana dia tampil menjelaskan, wanita dalam gambar yang dimuat naik olehnya baru-baru ini bukanlah kekasih hati tetapi hanya kawan rapat.

Ujar Nubhan, mereka sudah lama berkawan, malah kini bercuti beramai-ramai yang turut disertai rakan-rakan lain, selain hanya mampu ketawa apabila ada netizen mendakwa dia terk£na bu@tan orang apabila bercinta dengan wanita lebih tua.

"Saya gelak saja baca semua itu sebab kelakar sangat. Takkanlah saya nak cari yang makcik kan? Kawan saya itu pun okay saja. Tidak mudah terasa, dia pun gelak besar dengan saya bila baca komen netizen," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Nubhan berkata, dia tidak terfikir untuk bercinta kerana fokus utamanya kini adalah pada kerjaya dan perniagaan.

"Janganlah berkata jah@t. Saya juga bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Lagipun, saya memang tidak terfikir nak bercinta. Sekarang ini ada banyak benda yang saya fikir, antaranya adalah kerjaya dan perniagaan," ulasnya.

Terdahulu, hantaran Nubhan mengenai percutiannya di Vietnam menc£tuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga mengundang pelbagai sp£kulasi.
Nubhan dilihat memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya bersama seorang wanita.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa wanita berkenaan kelihatan jauh lebih berusia sehingga ada yang membuat tuduhan melamp@u kononnya penyanyi itu telah disih1r.

Untuk makluman, Nubhan sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Afifah Hidayah Tawfek pada 29 Ogos 2015, namun mahligai yang dibina selama 10 tahun itu berakhir dengan perceraian pada 2 Disember 2025.

Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille yang kini berusia 3 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: