01 March 2026

HARI-HARI ZIARAH PUSARA ARWAH ISTERI TERCINTA - HARUN HASHIM SUDAH DUA TAHUN BERPUASA SENDIRI : "ORANG NAK KATA APA, KATALAH TAPI SAYA SAYANG DIA SANGAT-SANGAT"



"Dah dua tahun saya berpuasa seorang diri dan saya lagi sanggup berseorang di rumah daripada pergi berjalan ke luar. Kubur dia, hari-hari saya pergi dan sebab itulah rumah saya dekat dengan kawasan kubur.
"Kecuali kalau saya keluar tidur rumah kawan atau ada penggambaran hingga lewat malam, itu tidaklah ke kubur. Orang nak kata apa, katalah tapi saya sayang dia sangat-sangat."

Demikian tutur pelakon Harun Hashim, 70, dimana tahun ini merupakan tahun kedua dia menyambut Ramadan tanpa kehadiran isteri tercinta yang telah pergi menghadap IIahi pada 2024.

Klik untuk gambar besar 
Harun yang memendam rasa rindu yang mendalam turut memaklumkan bahawa dia tidak pernah terlepas daripada menziarahi pusara arwah isterinya pada setiap hari.

Dalam pada itu, ujarnya lagi, segala kenangan manis bersama arwah isteri tidak akan pernah terpadam, meskipun sudah dua tahun pergi meninggalkannya.

Malah, katanya lagi, kehilangan arwah isterinya itu sangat dihargai kerana setiap perjalanan mereka sebelum pasti akan dit£mpuhi bersama.
"Sebelum ini kalau pergi mana-mana saya dengan dia berdua saja. Saya memandu, dia akan duduk di sebelah sambil tengok aplikasi Waze.

"Saya ini pelupa orangnya jadi dia kena selalu ada bersama saya. Jadi, amat terasalah kehilangan dia," katanya.

Untuk makluman, isteri kepada Harun iaitu Allahyarhamah Sakinah Ganjali telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 21 November 2024 akib@t kans£r payudara tahap empat pada usia 48 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: