"Kami tidak berpisah pun. Sekarang dalam proses untuk perbaiki semula mas@lah. Sebelum ini memang g@duh, saya tak nafikan perkara itu. Saya post sebab kami tak pernah g@duh set£ruk ini."
Itulah jelas penyanyi Tom, 40, dimana dia tidak menafikan berlaku mas@lah dalam rumah tangga dengan suaminya yang juga penyanyi, Fuad Rahman sebelum ini sehingga dia memuat naik status seolah-olah mahu berpisah.
Dalam pada itu, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, berkata, hubungan mereka kini kembali pulih dan dalam proses memperbaiki segala isu yang berlaku.
Klik untuk gambar besar
Tom yang difahamkan kini menetap di Kuantan, Pahang, sanggup memandu ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan suaminya agar mas@lah antara mereka tidak berlarutan.
"Fuad pun tak tahu saya nak datang. Kebetulan dia ada di Kuala Lumpur dan saya terus datang berjumpa dengannya. Kalau lagi lama, rasanya lagi t£ruk.
"Hati juga sentiasa sayang, jadi saya datang berjumpa dengan Fuad. Sepanjang g@duh pun, Fuad tak berhenti pujuk saya. Kalau boleh kami pun tak mahu sesuatu yang lebih t£ruk terjadi dalam rumah tangga ini.
"Mungkin disebabkan kami sekarang tinggal berjauhan, jadi hati mudah tersentuh," ujarnya yang dalam masa sama mengakui, perkongsiannya di media sosial sebelum ini dibuat kerana terlalu mengikut em0si tanpa menyedari ramai yang memerhati dirinya sebagai seorang selebriti.
Selain itu, ibu kepada empat cahaya ini juga menafikan dakwaan berlaku cur@ng dan menjelaskan sal@h faham itu adalah perkara biasa dalam rumah tangga.
"Sebenarnya isu cur@ng itu tiada pun. Cuma saya terlalu ikut em0si sampai tak fikir bila post di media sosial. Saya kongsikan perkara itu untuk puaskan hati sendiri sahaja.
"Begitulah kami, hari ini berbaik, esok mungkin g@duh semula. Dialah teman baik saya dan dia juga musvh. Apa yang saya kongsikan itu hanya untuk raih perhatian kami berdua sahaja, tak sangka akan jadi isu besar," katanya.
Terdahulu, kisah perkahwinan Tom dan Fuad menjadi bualan selepas dia memuat naik status mahu berpisah dan mengakui dirinya berlaku cur@ng.
Sementara itu, Fuad pula dalam satu hantaran berbeza meluahkan rasa k£sal terhadap isterinya yang meluahkan kisah rumah tangga mereka di kepada umum.
Untuk makluman, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama terlibat dalam pr0gram Gegar Vaganza musim ke-9.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!








No comments:
Post a Comment