"Syukur semuanya berjalan lancar. Saya telah selamat menjalani pemb£dahan di bahagian belakang badan untuk mas@lah tersebut. Dalam tempoh sebulan ini, doktor menasihatkan supaya saya tidak membuat kerja berat. Perlu banyak berehat di rumah sahaja."
Demikian kata penyanyi dan pelakon, Danny X-Factor, 46, selepas selamat menjalani pemb£dahan pada Khamis di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur bagi merawat peny@kit 'Sci@tica' atau s@kit saraf yang dihadapinya sejak sebulan lalu.
Dalam pada itu, Danny atau nama sebenarnya, Mohd Kardanie Anwa, memberitahu, dia juga dinasihatkan menjalani tempoh rehat selama sebulan, selain perlu menjalani fisi0terapi selepas pemb£dahan.
Kongsinya, dia sudah mula mengalami s@kit pada bahagian belakang badan sejak dua bulan lalu, namun tidak menjalani sebarang pemeriksaan lanjut sebelum mas@lah tersebut semakin t£ruk sejak Ramadan lalu dan hanya mengambil ubat tahan s@kit.
Klik untuk gambar besar
"Hari raya kedua, saya pergi ke klinik sebab cirit-birit dan ada juga berkongsi mas@lah s@kit belakang ini kepada doktor. Daripada situ, doktor terus minta untuk melakukan pemeriksaan di hospital.
"Selepas melakukan ujian MRI (pengim£jan res0nans magn£tik), doktor menyarankan saya menjalani pemb£dahan segera," ujarnya yang meluahkan rasa syukur apabila kos pemb£dahan yang menelan belanja RM70,000 itu tidak menj£jaskan kewangan keluarga, biarpun berdepan ujian.
Disamping itu, dia juga meminta rakan-rakan X-Factor untuk meneruskan jadual persembahan tanpa kehadirannya selepas mereka tampil dengan lagu baharu berjudul 'Wa Lu Wa Lu'.
"Sebelum Ramadan, saya ada terlibat dengan beberapa iklan, jadi dapatlah menampung kehidupan keluarga untuk beberapa bulan. Kos pemb£dahan juga ditanggung insur@ns. Syukur Allah telah mengaturkan semuanya dengan baik.
"Saya harap dalam tempoh rehat ini, anggota X-Factor lain dapat teruskan jadual seni mereka. Jangan disebabkan saya, mereka terpaksa menolak tawaran persembahan," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment