"Dan aku menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku) sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hamba-Nya."
Demikian tulis penyanyi Zizi Kirana, 41, menerusi hantaran di Thr£ads, di mana dia berkongsi tentang sebaris maksud ayat al-Quran sehingga ia menimbulkan tanda tanya ramai.
Dalam perkongsian tersebut, Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, memuat naik maksud ayat dari surah Ghafir tentang perasaan berserah kepada ketentuan Tuhan.
Klik untuk gambar besar
Berhubung itu juga, rata-rata netizen turut mendoakan supaya Zizi mendapat kehidupan lebih tenang.
Selain itu, ada juga yang membuat sp£kulasi apabila mula mengaitkan kisah rumah tangga Zizi bersama suaminya, pelakon Yusuf Bahrin.
Sebelum ini, status perkahwinan pasangan itu menjadi tanda tanya ramai kerana dilihat tidak meraikan sambutan 1 Syawal bersama.
Malah menurut sumber, mereka kini dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung selepas mendirikan rumah tangga bersama pada September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment