05 April 2026

AJL40 SEPARUH AKHIR - INI SENARAI 20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP



Menerusi program Muzik Muzik, hari ini, teka-teki mengenai senarai lagu yang bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) Separuh Akhir akhirnya terjawab apabila 20 karya terbaik yang berjaya melayakkan diri telah diumumkan.
TV3 telah menyunt1k kelainan bersempena dengan sambutan edisi ke-40 dengan menyenaraikan 20 lagu tumpuan yang dipilih daripada 30 lagu terbaik sepanjang carta Muzik Muzik 40 (MM40) hasil penilaian teliti barisan juri profesional.

Antara lagu yang bakal bersaing ialah 'Hijab Rindu' nyanyian Black Hanifah, 'Nurcinta' (Amir Masdi), 'Nostalgila' (Haqiem Rusli), 'Lemah' (Dayang Nurfaizah), 'Kerana Ego' (Khai Bahar), 'Tangisan Seorang Pend0sa' (Marsha Milan), 'Pernah Punya Aku' (Shila Amzah), 'F' (Floor 88), 'Tiwikarma' (K.O.I) serta 'Puaskah' gandingan Ameerais dan Mariam Saim.

Turut memeriahkan senarai calon adalah Imran Ajmain menerusi lagu 'Seribu Tahun Lagi', Aisha Retno ('Tak Adil'), Hazama ('Semacam Pandora'), gandingan Amira Othman dan Irfan Haris ('Rasa dan Takdir'), Wani Kayrie ('Cak Cak Cekuk'), Tajul dan Afieq Shazwan ('Hilangmu Tak Terganti'), Aina Abdul ('Kamu'), Stacy ('Menyala'), kolaborasi Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik ('Ke Mana Ni'), serta Ryenald Guntabid ('Lumangad Oku Dika').

Dalam pada itu, pengumuman tersebut sekaligus menyenaraikan beberapa lagu popular yang tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya termasuklah 'Gasoline' nyanyian Akim dan The Majistret, 'Peluk' (Hael Husaini dan Nadeera), 'P Ramlee Saloma' (ALPHA), 'Renjana' (Shiha Zikir), 'Hamba Cinta' (Syamel), dan 'Kopi' (Nazu dan Fahimi).

Saringan penuh debaran AJL40 Separuh Akhir ini bakal bersiaran secara langsung dari Studio 1 Glenmarie pada 17 dan 18 April 2026, jam 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim secara eksklusif menerusi aplikasi Tonton.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: