15 April 2026

AMELINA SEBAK FIKIR TANGGAPAN ORANG KATA INDUSTRI HAR4M : "FASAL AURAT SEMUA ITU, MEMANG KITA TAHU... YANG PENTING NAWAITU KITA... TIADA PULA SAMPAI BERBIK1NI, BERKEMB4N"



"Bukan kita nak betulkan benda yang sal@h. Fasal aurat semua itu, memang kita tahu. Yang penting niat atau nawaitu kita. Contohnya, kalau dapat rezeki ini, kita nak buat untuk apa. Saya secara peribadi, tiadalah sampai terkeluar landasan niat saya.

"Orang pergi pejabat, mereka pakai baju yang sesuai. Untuk saya sebagai penyanyi, kenalah pakai baju yang sesuai untuk menyanyi. Tiada pula sampai pergi kerja berbik1ni atau berkemb@n."

Demikian ujar penyanyi dangdut, Amelina, di mana dia sebak apabila memikirkan tanggapan segelintir pihak mengatakan industri hiburan adalah har@m seperti didakwa pemp£ngaruh sens@si, Tareq Fit.

Kata Amelina, meskipun pendapat berkenaan ada benarnya namun niatnya hanya untuk mencari rezeki dalam industri hiburan demi kelangsungan hidup.

Klik untuk gambr besar

Amelina bagaimanapun berkata, dia percaya bahawa bakat adalah kurniaan Tuhan dan apabila seseorang itu mempertik@ikannya, dia seolah mempersoal kerja Tuhan.

"Bila kita mempertik@ikan bakat atau rezeki orang, maknanya engkau mempertik@ikan kelebihan Allah SWT, semua yang datang daripada Dia (Allah).

"Macam saya, 15 tahun menghilang kemudian dilorongkan semula dalam industri—menyanyi lagu-lagu lama yang popular. Rezeki ini yang membolehkan saya membesarkan anak-anak dan bekerja demi mereka.

"Individu terbabit boleh menilai, tak salah tapi rezeki ini datang daripada Allah. Kalau kau pertik@i, maknanya kau persoal kerja Tuhan," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: