15 April 2026

"LEBIH BAIK FOKUS KEPADA ISU-ISU LAIN YANG LEBIH PENTING SEPERTI ISU SEMASA, HARGA MINYAK..." - FASHA SANDHA ENGGAN ULAS ISU TAMPIL 'FREE HAIR' DALAM DRAMA BAHARU



"Saya tidak berhut@ng penjelasan kepada sesiapa. Saya simpan perkara ini untuk diri sendiri dan keluarga. Kalau orang nak menilai, itu hak mereka. Mereka boleh terus menyokong dan menikmati karya saya.

"Seperti yang saya cakap sebelum ini, tiada komen. Saya tak pernah beri sebarang kenyataan tentang isu itu, jadi sampai bila-bila pun saya takkan beri komen mengenainya. Saya belum bersedia untuk bercakap, jadi saya mohon diberikan ruang dan peluang."

Itulah kata pelakon Fasha Sandha, 42, ketika mengulas dirinya yang tidak berhijab dalam drama 'Puteri Kembang Malam' yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

T£gas Fasha, dia tiada keperluan untuk menjelaskan status penampilannya itu kepada umum serta enggan memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu hijab kerana menganggap perkara tersebut adalah urusan peribadi antara dirinya dan keluarga.

Klik untuk gambar besar

Justeru itu, Fasha tetap dengan pendiriannya untuk mengunci mulut dan memohon agar semua pihak memberikan ruang serta tidak terus mend£saknya mengenai hal berkenaan.

"Saya tidak berhut@ng penjelasan kepada sesiapa. Saya simpan perkara ini untuk diri sendiri dan keluarga. Kalau orang nak menilai, itu hak mereka. Mereka boleh terus menyokong dan menikmati karya saya.

"Seperti yang saya cakap sebelum ini, tiada komen. Saya tak pernah beri sebarang kenyataan tentang isu itu, jadi sampai bila-bila pun saya takkan beri komen mengenainya. Saya belum bersedia untuk bercakap, jadi saya mohon diberikan ruang dan peluang," katanya.

Dalam pada itu, Fasha juga mengulas mengenai kekeliruan peminat terhadap hantarannya di media sosial yang masih memaparkan imej tidak bertudung, di mana dia menyarankan agar warga maya lebih peka terhadap isu semasa yang lebih penting.
"Bagi saya, lebih baik fokus kepada isu-isu lain yang lebih penting seperti isu semasa, harga minyak atau diesel yang naik. Bercakap tentang perkara itu rasanya lebih bermanfaat daripada membahaskan hal kecil.

"Cuma kalau ditanya soalan seperti sudah berhijab atau belum, atau kenapa Instagram masih free hair, saya tetap akan jawab tiada komen," tutur Fasha yang turut menjelaskan tindakannya berdiam diri adalah bagi mengelakkan sebarang percanggahan kenyataan pada masa akan datang.

"Pada saya, ada orang yang sudah berhijab 10, 15 malah 20 tahun pun masih boleh berubah _2ś tertentu. Sebab itu saya tidak selesa untuk memberikan dwed tentang penampilan saya di media sosial.

"Alhamdulillah, saya juga menerima banyak sokongan p0sitif. Saya rasa majoriti orang memberi kata-kata baik berbanding segelintir yang terus mempersoalkan perkara tersebut," ujarnya yang bakal tampil dalam drama 'Puteri Kembang Malam' itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: