15 April 2026

ISTERI TERHARU ACHEY HADIAHKANNYA KERETA BAHARU SELEPAS BERTAHUN-TAHUN 'B£DAL' MYVI



"Dia (Isteri) bergerak setiap hari, jadi sudah tiba masanya ada kenderaan sendiri yang dalam keadaan baik. Ulang tahun dia 21 April, tapi tiada kenderaan untuk digunakan, jadi bagi awal.

"Semoga dengan kehadiran X50 ini, urusan harian awak lebih terjaga dan mudah. Tak banyak yang saya fikir, janji awak selesa untuk melunaskan tugas seharian."

Demikian kata pelawak Achey, 40, di mana dia membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu jenis Proton X50 sempena menyambut ulang tahun kelahiran isteri tercinta, Nor Hasanah Yahaya atau Anne.

Jelas Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, dia terpaksa membuat kejutan seminggu sebelum tarikh ulang tahun Anne kerana kereta miliknya kini perlu diperbaiki.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Achey yang berkongsi momen isterinya mengalirkan air mata ketika menerima hadiah berkenaan, memberitahu, kenderaan tersebut menjadi pilihan bagi memudahkan urusan harian isterinya.

Tambahnya lagi, Anne sebelum ini lebih selesa memandu kereta mereka jenis Perodua Myvi untuk kegunaan harian, namun sering berdepan mas@lah ker0sakan.

Bukan itu sahaja, malah Achey berkata, dia dan isterinya juga pernah memiliki beberapa kenderaan lain, namun jarang digunakan sehingga terpaksa dijual semula.

"Beli Audi, dia jual. Belikan Mercedes, anak pula tak mahu naik. Jadi, jual juga. Myvi juga dia guna," kongsinya yang dalam masa sama berhasrat untuk menjadikan kereta baharu itu sebagai kenderaan utama keluarga dan menjual kereta lain.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: